Thursday 15 December 2011

Perjalanan Saya (Mohd Ali Rustam) 13.12.2011 Selasa

TUANKU Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Haminah Hamidun bersalaman dengan Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi upacara mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, semalam




syukur alhamdulillah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara . Daulat Tuanku. dar




TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Tuanku Haminah Hamidun di Dataran Parlimen diiringi Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam




Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun ketika berangkat pulang selepas sambutan penuh istiadat di Dataran Parlimen, hari ini. Tuanku berdua kemudiannya berangkat ke Istana Negara bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14

No comments:

Post a Comment