Thursday 9 February 2012

Perjalanan Saya (Mohd Ali Rustam) 6.2.2012 Isnin

Lochiel Park adalah kawasan perumahan seluas 15 hektar dimana 4.15 hektar dibangunkan kawasan perumahan manakala 10 hektar lagi dikekalkan sebagai kawasan hijau dan taman rekreasi. Komuniti ini adalah salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Australia Selatan dalam Pelan Strategiknya bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dan penggunaan karbon dengan menumpukan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan pengumpulan air hujan. Komuniti ini terletak di Campbelltown dengan jaraknya sejauh 8 kilometer daripada Pusat Perniagaan Adelaide. Sehingga kini Lochiel Park mempunyai 100 buah rumah yang dibina menggunakan teknologi hijau terkini dan dibina oleh dua buah syarikat pembinaan ternama Australia Selatan iaitu Charterhouse by Hickinbotham dan Rossdale Homes. tk dar

No comments:

Post a Comment