Tuesday 5 June 2012

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Negeri Melaka

Selamat Datang Ke


Satu program yang dinamakan ‘Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia’ peringkat Negeri Melaka akan diadakah sehari pada 10hb Jun 2012, bermula jam 8.30 pagi bertempat di Grand Ballroom, MITC Ayer Keroh, Melaka.
Program ini adalah anjuran bersama beberapa badan bebas (NGO) yang aktif sebagai pengamal media sosial antaranya; 1Agenda (Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia), PMM (Pahlawan Maya Melaka), Saya Anak Melaka dan lain-lain dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.




 Tujuannya adalah untuk menggabungkan kesemua pengamal media sosial negeri Melaka dibawah satu pertubuhan kelab yang akan dilancarkan pada hari berkenaan oleh Ketua Menteri dengan nama ‘Sukarelawan Media Sosial 1 Malaysia’ singkatannya ‘myVO1CE’



Konvensyen ini mensasarkan sejumlah 1000 orang peserta yang terus akan menjadi ahlinya pada hari berkenaan. Peserta akan dibekalkan T-Shirt berkolar serta sebuah bag galas. Makan minum semasa konvesyen disediakan.
Ucaptama akan disampaikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka.
Cabutan nombor bertuah menyediakan sejumlah hadiah-hadiah berupa; I-Pad, I-Phone, Blackberry Bold 4 dan lain-lain lagi, semuanya adalah hasil sumbangan beberapa buah syarikat yang menyokong usaha ini.
Kami juga sedang menantikan pengesahan kehadiran selebriti dan tokoh tanahair untuk memeriahkan konvensyen ini.
Sertai perbincangan kami di


1 comment:

  1. bagaimana cara untuk sertai ya?
    boleh kasi info detail..

    Saya berminat untuk turut serta dalam event ini..

    ReplyDelete