Friday 16 March 2012

Perjalanan Saya (Mohd Ali Rustam) 5.3.2012 Isnin

suasana di awal pagi isnin, perjumpaan dengan rakyat yang datang ke seri bendahara (rumah rakyat 1Malaysia) sebelum bertolak menghadiri majlis istiadat kawalan kehormatan sempena pembukaan persidangan pertama penggal kelima dewan undangan negeri ke-12 oleh TYT Yang di Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob di dataran seri negeri. tk salam 1Malaysia melaka maju negeriku sayang negeri bandar teknologi hijau dar

 
 
 
setelah selesai persidangan pertama penggal kelima dewan undangan negeri ke-12, saya terus mempengerusikan mesyuarat bantuan MAIM bertempat di seri bendahara (rumah rakyat 1Malaysia).dan memantau keadaan sekitar ayer keroh bersama YDP MPHTJ bersama pegawai pegawai jabatan terlibat. tk salam 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dar
 
 
 
 
innalillawainnaillaihirrajiun semasa bersama isteri tersayang (datin seri asmah abdul rahman) melawat dan mengucapkan takziah kepada sekeluarga arwah idris bin abdul rahman, 63 (bapa mertua kepada en mohd isa lambak bodyguard saya) di taman syed nasir, tanjung agas, muar. semoga allah cucuri rahmat keatas roh allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang islam yang soleh dan beriman al fatihah amin. dar
 
 
 
 
alhamdulilah suasana ceria semasa menghadiri majlis penyampaian inden kerja PIA/PIAS negeri melaka di auditorium seri negeri. tk salam 1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dar
 
 
 
 
innalillawainnaillaihirrajiun semasa melawat dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah majuta banu bte zakaria, 49 di taman merdeka, batu berendam. semoga allah cucuri rahmat keatas roh allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang islam yang soleh dan beriman al fatihah amin. dar
 
 
 
 
alhamdulilah suasana ceria semasa menghadiri program majlis dialog bersama ahli majlis MBMB bersama penduduk dun bachang, saya juga mengambil beramah-mesra dengan penduduk-penduduk tempatan bertempat di rumah imam yunos bin bidin, lorong bkt piatu 4. tk salam 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dar
 
 
 
 
syukur alhamdulilah suasana meriah semasa menghadiri majlis makan malam negeri sempena persidangan pertamaa, penggal kelima, dewan undangan negeri melaka yg ke-12 di melaka ballroom, hotel equatorial. majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran TYT Yang di Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob. tk salam 1Malaysia melaka maju negeriku sayang negeri bandar teknologi hijau dar
 
 
 
 
innalillawainnaillaihirrajiun setelah selesai semua program, saya bersama isteri terus bertolak ke kg tampoi, krubong untuk menziarahi dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah puan kodah bte mad dens,78. semoga allah cucuri rahmat keatas rohnya al fatihah amin. dar
 
 

No comments:

Post a Comment